Tuesday 24 January 2012

ROKOK

bila sebut tentang rokok pasti ramai yang amat peka dan sensitif kan kerana majoriti setiap lelaki merokok kan....tapi aku terkecuali...walaupun pernah cuba-cuba tapi nasib baek tak menjadi tabiat sehingga kini...aku ada dapat satu gambar dari internet mungkin ini gambar tebaru pada kotak rokok.....cube tengok


seram kan hahaha....

BAUCER BUKU 1 MALAYSIA

Alhamdulillah dapat satu kupon untuk beli buku, terima kasih kerajaan keran prihatin terhadap pelajar..

tapi baru-baru ni diri ini telah diberitahu bahawa ada sesetengah kedai buku yang telah diamanahkan untuk menerima baucer tersebut sebagai bayaran buku yang diambil oleh para pelajar mengambil kesempatan dengan menukarnya dengan wang ringgit...so diorang dapat untung rm50 apabila tukaran yang dibuat membolehkan pelajar memperolehi rm150 kerana nilai baucer itu adalah rm200....

baucer yang aku perolehi masih belum digunakan keran masih belum berkesempatan, saje nak bagi peluang pada yang masih menuntut kerana aku dah menjalani latihan industri jadi tak memerlukan buku rujukan sangat so nanti-nantilah akan aku gunakan...

aku takkan sia-siakan kerana masa ni la nak berhabis beli buku....hehe...banyak pilihan buku yang ingin aku beli tapi aku akan shortlist kan dulu nanti senang...ape-ape pun terima kasih kerajaan Malaysia atas keperihatinan anda...

KONFLIK

oh dilanda konflik apabila hidup ni dikelilingi mereka yang suka mengungkit dan menyebut-nyebut jasa dan bakti yang telah dicurahkan walhal itu yang sepatutnya dilakukan....


"TIDAK MENGENANG BUDI DAN TIDAK MENGHULURKAN BANTUAN SAAT DIPERLUKAN" antara kata-kata yang pedih dan menikam ulu hati tapi apa boleh buat kan...so teruskan hiduo menghadapi makhluk Allah seperti ini anggap jelah ini sebagai lumrah kehidupan sebagai orang yang menumpang......


mencari konklusi ataupun penyelesaian tentang masaalah ini  memenglah payah dan tidak berkesudahan  dan mungkin selama-lamanya kita akan dikelilingi orang seperti ini....mungkin kita tidak mampu memberi apa yang diminta tetapi usahlah mengungkit apa yang pernah diberi kerana apa yang diberi dahulu mungkin di iringi dengan ucapan "TAKPE SAYA IKHLAS" tapi bila sampai masa kita mengungkitkannya...........???? mana perginya ikhlas yang dilaungkan dulu...


jadi hati-hati dalam berbicara dan melempar kata-kata kerana mungkin kita akan merana...bukan ugutan tapi mengingatkan